10 tahun Zenpipe








Sedar tak sedar, sudah 10 tahun Zenpipe beroperasi, kalau manusia digunaka sebagai ukuran, sudah masuk darjah 4 si Zenpipe :) . Kami membesar, kami berubah dan kami harap perubahan kami kepada yang lebih baik.

Bak kata Encik Mark Twain

Continuous improvement is better than delayed perfection

Dalam tahun ini, kami telah menambah beberapa baik beberapa produk

1. Penambah baik produk dedicated server https://www.zenpipe.my/webhosting/dedicated_server_hosting

2. Produk SSL
https://www.zenpipe.my/services/ssl

Kami juga banyak menambah baik halaman web kami

1. Lebih mesra pengguna mobile.




Proses bina Zenpipe berbahasa Melayu



Kami mungkin boleh dikatakan pengguna Drupal tegar, walaupun pernah bangunkan modul untuk Drupal, tapi kebanyakannya adalah sebagai pengguna tegar. Website kami kebanyakannya adalah dari Drupal. Bak kata orang, peralatan yang betul untuk kerja yang betul.

Drupal boleh dikatakan sesuai untuk membina halaman web yang memfokuskan kepada kandungan dan banyak modul yang dikongsi oleh pembangun . Tidak sepopular seperti Joomla atau Wordpress, Drupal bukan satu CMS arus perdana di Malaysia, tetapi kami suka dan ingin menyebarkan kebaikan Drupal kepada komuniti Malaysia.

Zenpipe.com menggunakan Drupal 7 sudah lama (2012) dan menggunakan medium berbahasa Inggeris semenjak dari azali. Niat di hati, kami mahu nampak antarabangsa :) .  Laman Web hosting berbahasa Inggeris adalah terlalu klise bak kata artis-artis, kami mahu nampak berbeza dan web hosting berbahasa Melayu mungkin adalah salah satu Purple Cow bagi kami.

Kami ada beberapa pilihan iaitu menggunakan Drupal multi language dengan menggunakan domain yang sama iaitu Zenpipe.com atau kami mengasingkan kepada dua website iaitu www.zenpipe.com untuk bahasa Inggeris dan www.zenpipe.my untuk bahasa Melayu. Kebaikan pilihan kedua adalah dari segi SEO kerana .my lebih berat untuk versi lokal Google.com.my , dan kami ingin mendapatkan markah lebih tersebut pada masa akan datang.

Dengan pilihan kedua, kami seumpama memerlukan dua halaman web dan ini akan menambahkan kerja untuk menguruskan dua website sekali. Mujur Drupal mempunyai sokongan terbina dalam untuk multi site dengan berkongsi satu database yang sama. Jadi sudah kurang kerja untuk kami, tetapi kami perlukan dua halaman web yang mempunyai bahasa yang berbeza walau pun database yang sama. Maka langkah pertama setelah menyediakan halaman web Zenpipe dengan multi language adalah dengan menggunakan modul yang menyokong menukar bahasa default mengikut domain yang dipilih dan Drupal ada satu modul iaitu Language Multidomain .

Kami juga ada domain zenpipe.com.my tetapi kami hanya menggunakan redirect 301 .htaccess

RewriteCond %{HTTP_HOST} ^www\.zenpipe\.com\.my$ [NC]
RewriteRule ^(.*)$ http://www.zenpipe.my/$1 [L,R=301]

Maka semua .com.my akan di redirect kepada .my jadi hanya ada 2 halaman web untuk diurus dan lebih mudah kepada pengguna dari segi ingatan .com untuk Inggeris dan .my untuk Melayu.

Akhir sekali kami letak satu drop down di atas untuk menunjukkan perubahan bahasa di atas halaman web.

Faktor baru untuk carian dalam mobil - Mesra mobil



Jika anda perasan, carian baru di Google mobil akan menandakan sesatu halaman web adalah mesra mobil atau tidak.





Ini adalah kerana persediaan pada 21 April 2015 bahawa Google akan menambah faktor mesra mobil sebagai salah satu signal hasil carian di peranti mobil.


Bagaimana anda ingin memeriksa bahawa halaman web anda adalah mesra mobil ? Google ada memberi satu halaman web untuk memeriksa adakah halaman web anda mesra mobil atau tidak, dan jika tidak nasihat akan diberikan. Anda boleh pergi ke halaman https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/ untuk memeriksanya.


Screen Shot 2015-03-05 at 5.31.09 PM.png


Ini adalah contoh apabila halaman web anda adalah mesra mobil menggunakan halaman web kami sebagai contoh www.aist.com.my .


Screen Shot 2015-03-06 at 12.33.01 AM.png

Menggunakan http://www.zenpipe.com sebagai contoh.

Dan contoh jika halaman web anda tidak mesra mobil, ia akan memberikan analisa apa yang boleh dibuat untuk perbaiki halaman web anda.


Kebanyakan desain yang menggunakan Bootstrap Framework sudah menyediakan fasiliti responsif (di mana halaman menyesuaikan antaramuka secara automatik jika skrin bertukar saiz menjadi mesra mobil ) . Juga saya rasa kebanyakan Wordpress sudah menyokong halaman web responsif.


Halaman mesra-mobil adalah dikira mengikut halaman dan bukan domain dan Google akan kemaskini secara ‘real-time’ jika anda sudah mengubah halaman web yang mesra mobil. Untuk pengusaha yang mementingkan kedudukan SEO anda sekarang adalah masa yang sesuai untuk kemaskini halaman web. Jika tidak, boleh hubungi kami untuk khidmat nasihat ;)



Pengembaraan mencari sistem pengurusan projek

Saya menghabiskan hampir satu hari (fikirnya berminggu-minggu) untuk mencari sistem pengurusan projek.  AIST sebelum ini menggunakan ActiveCollab untuk pengurusan projek kami, tetapi ada pelbagai kekurangan yang membuatkan saya rasa susah untuk ia masuk dalam workflow kami.

Di bawah adalah senarai yang saya rasa kekurangan di ActiveCollab

  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration
  2. Aplikasi mobil yang baik
  3. Integrasi dengan Hipchat

Jadi pada asalnya pengembaraan ini mencari sistem pengurusan projek yang ada senarai di atas dan beberapa lagi ciri-ciri yang saya perlukan.

  1. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian
  2. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan
  3. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat .

Nilai tambahan
  • Menyokong login dengan akaun Google

Di bawah adalah senarai aplikasi yang saya telah cuba

  1. Blossom.io - www.blossom.io
  2. Todoist - www.todoist.com
  3. Stepsie - www.stepsie.com
  4. DaPulse - www.dapulse.com
  5. Asana - www.asana.com
  6. Glip - www.glip.com


Minimum Viable Product (MVP) - Produk Berguna Minimum (PBM)

Saya sebagai seorang pengaturcara, akan ada beberapa situasi seharian yang menyebabkan saya terjebak dengan sindrom NIH (Not Ivented Here), membuat satu prototaip dan akhirnya menjadi satu produk. Biasanya babak tersebut bermula seperti ini


  1. Mencari perisian untuk tugas-tugas tertentu, terjumpa satu perisian dan mencubanya, banyak kekurangan dan terfikir kita boleh buat yang lebih baik.
  2. Membuat satu kerja berulang-ulang, dah terfikir cara untuk mengautomasikan kerja tersebut, membuat skrip kasar untuk memudahkan kerja.
  3. Termenung semasa mandi dan terfikir kalaulah ada perisian seperti ini, tentu senang hidupku.


Zenclouds.com , BnB.my dan Beemember.com adalah antara hasil dari situasi di atas dan saya mengakui di sebalik 3 produk di atas, ada berpuluh-puluh prototaip yang menjadi contengan di Google Docs, folder kosong di laptop, design yang di beli di Themeforest atau kod yang separuh masak.

Hi apa khabar 2015 ?

2014 menutup tirai semalam, 2015 menjengah,
Hi apa khabar, rasa baru semalam 2014 cecah,
Tutup dengan kiri, buka dengan kanan langkah,
Doa dicari, strategi disusun kerana Allah.

Kebanyakan orang masih bercuti,
Kebanyakan orang masih mencuci,
Kebanyakan orang masih bersedih hati,
2014 masih simpan duka wahai diri.

Kami buka buku baru, muka baru,
Supaya semua orang tahu, umum pada tahun baru,
Masih ada sedikit yang dahulu,
Mungkin sempadan dari yang Satu.

amran
1 Januari 2015

2014 adalah tahun yang mencabar buat semua orang dan juga pada kami di AIST.  Tutup buku, jalan terus, bak kata tok guru. Ada juga orang sering berkata, tukang jahit jarang memakai baju yang cantik, mekanik akan pakai kereta yang paling buruk dan halaman web adalah perkara yang terakhir untuk web developer bangunkan.



Setelah hampir 7 tahun dengan muka lama, kami dengan langkah kanan ingin membuka secara rasmi halaman web AIST yang menunjukkan arah tuju kami yang baru.



ANUGERAH 'RESELLER' MYNIC BERHAD


Pada 14th November 2014 yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam ‘MYNIC BERHAD’ bersama ‘RESELLER’ di Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, P15 – Putrajaya dengan tema ‘Perkahwinan’. Pelbagai persembahan menarik telah disediakan sepanjang majlis berlangsung. Antaranya adalah persembahan pencak silat, dan tarian kuda kepang.

Zenpipe Web Hosting telah memenangi 3 daripada 6 anugerah yang disampaikan oleh mynic pada malam itu. Kategori yang dimenangi oleh Zenpipe Web Hosting adalah ‘BEST RESELLER DOMAIN GROWTH’, ‘BEST RESELLER COLLABORATION’, dan ‘BEST RESELLER SOUTHERN REGION’

Berikut merupakan gambar-gambar yang ingin kami kongsi tentang majlis pada malam tersebut.


AIST Family Day 2012

Tanggal 14 Julai 2012 sehinggalah 16 Julai 2012, telah dipilih untuk menjadi tarikh keramat untuk Hari Keluarga AIST pada tahun ini. Setelah kata sepakat dicapai, 'AIST Family Day' telah berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan di Hard Rock Hotel, Penang.


superrrr powerrrr!






like a boss


Semua warga AIST bersama keluarga masing-masing seramai 30 orang menaiki bas yang disewa khas untuk Hari Keluarga kali ini. Bertolak seawal jam 7.30 pagi dari ibu pejabat kami di Melaka, singgah di cawangan Cyberjaya untuk mengambil kakitangan yang berpengkalan di sana, kami selamat tiba di Hard Rock Hotel Penang pada jam 5.30 petang 14 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu. Pelbagai insiden menyayat hati yang berlaku sepanjang perjalanan, termasuklah sebelum tiba ke destinasi, pemandu bas yang tersalah menerima maklumat pada mulanya telah menghantar kami ke ‘Red Rock Hotel’. LOL . Sebaik tiba di Hard Rock Hotel Penang, barulah semuanya berasa lega dan di sinilah ‘mode’ Hari Keluarga telah diaktifkan.

We are Now MSC Malaysia Status!

MSC Malaysia Status is a recognition by Government of Malaysia through the Multimedia Development Corporation (MDeC), for ICT and ICT-facilitated businesses that develop or use multimedia technologies to produce and enhance their products and services, and for process development.

The Multimedia Super Corridor (MSC) program was launched by Tun Dr. Mahathir Mohamad, the former Prime Minister of Malaysia in 1996. The establishment of the MSC program was fundamental to quicken the objectives of Vision 2020 and to transform Malaysia into a modern state by the year 2020





On 20th April 2012, Art in Software Sdn Bhd was awarded MSC Malaysia status. After years of hardwork, MSC Malaysia status is finally became a part of us. This is like having a new motivation to work harder and present more on ICT industry.

We still need your support to help us continuing gives more in this industry.Together, we help to promote IT awareness among the Malaysian public. This is just the beginning. Let’s do this!

Hari terakhir seorang pelatih industri di AIST.



Salam and Hello everyone!

Dah lama agaknya Blog AIST ni tidak di 'update' dengan aktiviti-aktiviti terbaru AIST kan? Maklumlah semua tengah buat-buat 'busy' semenjak dua menjak ni. Hihihi.

Entri kali ni nak menceritakan tentang Noor Fatimah Mardiah, seorang 'practical trainee' dekat AIST yang berpengkalan di Melaka yang sudah pun menamatkan tempoh latihan industri dengan jayanya. Noor Fatimah Mardiah atau lebih mesra dengan panggilan Madi telah memulakan latihan industri di sini bermula pada bulan Ogos 2011 sehingga Februari 2012. Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan merupakan seorang yang peramah dan comel. Hampir tak keruan 'staff' yang majoritinya lelaki di AIST ni berebutkan Mardiah. Maklumlah bunga tak ramai kat sini. Hahaha. Di sini ada beberapa keping gambar pada hari-hari terakhir Mardiah.

Kami di AIST mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Mardiah dan Semoga dapat menamatkan ijazah dengan keputusan yang cemerlang. All the best from all of us! Jasamu dikenang







Majlis Berbuka Puasa AIST 2011


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AIST mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Philea Resort and Spa, Ayer Keroh, Melaka.

Semua warga AIST yang berpengkalan di Melaka berserta ahli keluarga masing-masing telah menghadirkan diri. 'Yelah berbuke kat hotel, sape taknak, ye dop? '. Tidak banyak gambar makanan yang dapat dikongsi kali ini di sebabkan 'cameraman' sibuk mengisi perut dengan makanan yang super-super belaka di sini.






























Dengan ini, AIST mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54! Akhir kata, langganlahZenclouds untuk VPS anda!

Pertandingan Bowling Santai AIST Melaka

20 Mei 2011 tepat jam 3 petang (takdela tepat sangat), family AIST Melaka telah mengadakan 'Pertandingan Bowling Santai' sesama sendiri di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Terdapat 3 kumpulan dengan bilangan ahli yang kurang adil iaitu 2 kumpulan dengan 5 orang ahli dan 1 kumpulan lagi cuma hanya 4 orang ahli. Permainan berlangsung selama tiga jam dengan 2 'game' termasuklah sesi penyampaian hadiah. Tujuan 'Pertandingan Bowling Santai' ini diadakan adalah untuk meraikan hari terakhir 3 orang pelajar praktikal di AIST Melaka iaitu Goldwin, Erry, dan Loh Sze Jian. Akhir kata, saksikan gambar-gambar sepanjang permainan berlangsung.




All the best to the three of you!












Pemenang tempat pertama - muka eksyen je semua. Ish.


Pemenang tempat kedua. - muka tak berapa eksyen.


Pengalah tempat ketiga - muka lebih 'happy' daripada tempat kedua.


Keluarga AIST Melaka.