Majlis makan-makan sempena meraikan dua staff baru dan hari terakhir Izuddin di AIST.

31march2011, lebih kurang dalam pukul 6ptg, selepas waktu pejabat, AIST melaka telah mengadakan majlis makan-makan atau lebih tepat lagi acara memenyet beramai-ramai di Restoran Ayam Penyet Lamongan yang agak terkenal di kalangan penggemar ayam penyet di sekitar Ayer Keroh ni.



Acara ini diadakan bersempena untuk meraikan pekerja baru di AIST iaitu Hanif dan juga Saiful.




Selain itu, majlis juga diadakan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Izuddin sempena hari terakhir beliau di AIST.




Akibat terlalu lapar, majlis yang sepatutnya bermula pada jam 6 petang telah dipinda pada saat-saat akhir iaitu 30minit lebih awal untuk mengelakkan pengaturcara majlis pengsan akibat tak makan.hehehe. Akhir kata, seperti biasa, biar gambar yang menceritakan suasana sepanjang majlis berlangsung dan di ucapkan Selamat datang kepada Hanif dan Saiful serta Selamat Tinggal dan Semoga Berjaya kepada Izuddin. Sekian, Have a nice day everyone.