Hi apa khabar 2015 ?

2014 menutup tirai semalam, 2015 menjengah,
Hi apa khabar, rasa baru semalam 2014 cecah,
Tutup dengan kiri, buka dengan kanan langkah,
Doa dicari, strategi disusun kerana Allah.

Kebanyakan orang masih bercuti,
Kebanyakan orang masih mencuci,
Kebanyakan orang masih bersedih hati,
2014 masih simpan duka wahai diri.

Kami buka buku baru, muka baru,
Supaya semua orang tahu, umum pada tahun baru,
Masih ada sedikit yang dahulu,
Mungkin sempadan dari yang Satu.

amran
1 Januari 2015

2014 adalah tahun yang mencabar buat semua orang dan juga pada kami di AIST.  Tutup buku, jalan terus, bak kata tok guru. Ada juga orang sering berkata, tukang jahit jarang memakai baju yang cantik, mekanik akan pakai kereta yang paling buruk dan halaman web adalah perkara yang terakhir untuk web developer bangunkan.



Setelah hampir 7 tahun dengan muka lama, kami dengan langkah kanan ingin membuka secara rasmi halaman web AIST yang menunjukkan arah tuju kami yang baru.






Dengan beberapa produk baru hasil R&D kami, ada yang sudah membuahkan hasil dan ada yang masih bertatih lagi.



Kami masih belajar, mencari guru, menjadi guru kepada yang ingin tahu.

Boleh bantu kepada yang perlukan arah untuk pembangunan perisian, ada masalah dengan aplikasi anda yang perlahan dengan pengunjung yang bertali arus. Pengurusan halaman web dari A-Z dari menyediakan keperluan sehingga menguruskan hosting adalah kepakaran kami.


Kami juga menggunakan platform baru untuk blog yang memudahkan kami untuk tambah kandungan-kandungan baru dan kami harap lebih aktif lagi dengan kandungan-kandungan yang bermutu yang kami harap berguna kepada semua.



Jadi jangan malu dan jangan segan untuk hubungi kami, jika ada masalah menyelubungi diri.






No comments:

Post a Comment