Pengembaraan mencari sistem pengurusan projek

Saya menghabiskan hampir satu hari (fikirnya berminggu-minggu) untuk mencari sistem pengurusan projek.  AIST sebelum ini menggunakan ActiveCollab untuk pengurusan projek kami, tetapi ada pelbagai kekurangan yang membuatkan saya rasa susah untuk ia masuk dalam workflow kami.

Di bawah adalah senarai yang saya rasa kekurangan di ActiveCollab

  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration
  2. Aplikasi mobil yang baik
  3. Integrasi dengan Hipchat

Jadi pada asalnya pengembaraan ini mencari sistem pengurusan projek yang ada senarai di atas dan beberapa lagi ciri-ciri yang saya perlukan.

  1. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian
  2. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan
  3. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat .

Nilai tambahan
  • Menyokong login dengan akaun Google

Di bawah adalah senarai aplikasi yang saya telah cuba

  1. Blossom.io - www.blossom.io
  2. Todoist - www.todoist.com
  3. Stepsie - www.stepsie.com
  4. DaPulse - www.dapulse.com
  5. Asana - www.asana.com
  6. Glip - www.glip.com





Tetapi dalam kepala saya adalah Asana vs Trello kerana itu yang saya dengar berulang-ulang dari kumpulan pengaturcara yang memuji dua aplikasi ini. Tetapi saya rasa Trello hanyalah aplikasi checklist dalam kotak sahaja, tiada ciri-ciri yang saya inginkan, maka saya abaikan Trello. Basecamp pula sangat menyerupai ActiveCollab menyebabkan saya rasa saya tidak perlu mencuba lagi Basecamp dalam pengembaraan saya.

Saya akan ulas serba sedikit tentang 6 aplikasi di atas.

Blossom.io (USD 59 / bulan untuk 15 orang )

Saya jumpa blossom.io ini pada halaman integrasi Hipchat dan pendaftaran memerlukan saya mengesahkan kad kredit atau PayPal sebelum boleh di cuba.

Sama seperti Trello, ia adalah papan Kanban (Trello juga menyokong papan Scrum)

Screen Shot 2015-01-10 at 12.42.26 AM.png

Jadi pergi ke checklist saya
  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration - Tidak
  2. Aplikasi mobil yang baik - Tidak
  3. Integrasi dengan Hipchat - Ya
  4. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian - Ya
  5. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan - Ya
  6. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat . - Ya


Todoist (USD 3 / orang / bulan @ USD 45 / bulan untuk 15 orang )



Todoist hampir mencapai apa yang saya hendak dalam pencarian saya. 

  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration - Ya
  2. Aplikasi mobil yang baik - Ya
  3. Integrasi dengan Hipchat - Ya (dengan Zapier)
  4. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian - Tidak
  5. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan - Ya
  6. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat . - Ya


Stepsie ( USD 37 / bulan untuk 17 projek / tiada had untuk orang )

Saya sangat suka halaman utama stepsie :) , desain yang kemas dan menarik. Begitu juga dengan aplikasi mereka.




  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration - Tidak
  2. Aplikasi mobil yang baik - Tidak
  3. Integrasi dengan Hipchat - Tidak
  4. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian - Ya
  5. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan - Ya
  6. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat . - Ya


Dapulse (USD 56 / bulan untuk 15 orang)

Seperti Trello dan Blossom.io , Dapulse menggunakan konsep board untuk menguruskan projek. Dapulse saya rasa sesuai untuk pengurus produk dan perlu membiasakan diri untuk menggunakanya (sama ada ia memang mengelirukan atau saya bukan baka pengurus produk)



  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration - Tidak
  2. Aplikasi mobil yang baik - Tidak
  3. Integrasi dengan Hipchat - Tidak
  4. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian - Ya
  5. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan - Ya
  6. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat . - Ya


Asana (63 USD / bulan untuk 15 orang)

Asana popular kerana pengasas syarikat mereka adalah Dustin Moskovitz (antara pengasas Facebook) dan Justin Rosenstein (Google, Facebook). Sebelum misi mencari ini, saya sudah daftar Asana dan merasa lemas dengan antara muka. Bagi saya ia terlalu komplek pilihan saya dan staff saya. 



  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration - Ya
  2. Aplikasi mobil yang baik - Ya
  3. Integrasi dengan Hipchat - Ya
  4. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian - Ya
  5. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan - Ya
  6. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat . - Tidak (RM 224)
  7. Benarkan login menggunakan Google akaun - Ya 


Glip (USD 5 / bulan / orang @ 75 USD untuk 15 orang)

Glip adalah peserta yang kurang glamor berbanding dengan Asana dan harga juga melebih bajet yang diperuntukkan oleh saya. Glip menyedarkan saya apa yang saya perlu untuk satu aplikasi pengurusan projek yang sesuai dengan workflow syarikat saya, juga ia menyediakan banyak ciri yang saya perlukan tidak ada awalnya dalam checklist saya.



  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration - Ya
  2. Aplikasi mobil yang baik - Ya
  3. Integrasi dengan Hipchat - Tidak
  4. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian - Ya
  5. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan - Ya
  6. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat . - Tidak (RM 267)
  7. Benarkan login menggunakan Google akaun - Ya 
  8. Mempunyai video chat / conference - Ya
  9. Menggantikan hipchat sebagai center workflow - Ya

Apa yang saya perasan dalam workflow syarikat saya adalah semua bertumpu kepada Hipchat dan apa yang sebenarnya saya cari adalah aplikasi pengurusan projek yang boleh hantar data dan terima data dari Hipchat. Dengan Glip, saya boleh menggantikan Hipchat sebagai pusat tumpuan dan saya boleh terus cipta tugas, event, fail (Dropbox, Google Drive, Evernote) dan juga boleh terus konferen video dalam satu tempat yang sama.  



Mencipta tugas juga mudah dari satu tempat yang sama






Saya sudah melanggan pakej Basic mereka dan kita lihat hasil dari penggunaan Glip selama sebulan, adakah ia menambah baik workflow di AIST atau tidak.



Anda juga boleh mencuba pakej percuma mereka dibenarkan sehingga 10 ribu kiriman dengan ciri yang dihadkan. Satu lagi tambahan yang saya kagum adalah sokongan mereka di aplikasi tersebut. Kip (maskot mereka) akan sentiasa berada di senarai Team syarikat di mana semua soalan saya boleh tanya terus di ruang chat Kip.


Apa yang pasti pencarian aplikasi pengurusan projek saya berakhir dengan Glip dan mungkin kiriman blog ini boleh membantu anda untuk pengembaraan anda. Tidak semua syarikat sesuai dengan Glip, tetapi jika syarikat anda bertumpu kepada chat sebagai titik komunikasi, Glip adalah satu aplikasi yang sesuai.

Ada beberapa kekurangan Glip berbanding Hipchat yang saya sudah ajukan kepada Kip dan mereka amat pro-aktif untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Harap-harap semua kekurangan tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Hidup Glip ! :)




2 comments:

  1. Tak sangka kit serup. Kami bermula dengan Slack. Apabila kami pasti kena bayar untuk slack, kami juga telah membuat pencarian bukan untuk mencari yang percuma, tetapi mencari yang berbaloi untuk dibayar. Beralih dari Slack + asana ke Hall kemudian ke Hipchat. Hipchat mengaku webappnya banyak kekurangan yang akan memakan masa berbulan-bulan untuk settle. Akhirnya pindah ke Glip. Di Glip kami semua sangat happy. Saya ada 9 staff buat masa ini dan mungkin akan meningkat ke 30 bila sampai hujung tahun. Apikasi seperti Glip adalah sangat penting. Hanya 1 sahaja yang Glip bagi tahu saya ia akan lambat untuk kemaskini, iaitu kebolehan untuk 1 account user mempunyai lebih dari 1 syarikat seperti slack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh, sama juga journey kita. Saya ada 1 kampeni so takde lah penting sangat feature tu. Mungkin lain kali boleh borak-borak software.

      Delete