Kami mungkin boleh dikatakan pengguna
Drupal tegar, walaupun pernah bangunkan modul untuk Drupal, tapi kebanyakannya adalah sebagai pengguna tegar. Website kami kebanyakannya adalah dari Drupal. Bak kata orang, peralatan yang betul untuk kerja yang betul.
Drupal boleh dikatakan sesuai untuk membina halaman web yang memfokuskan kepada kandungan dan banyak modul yang dikongsi oleh pembangun . Tidak sepopular seperti
Joomla atau
Wordpress, Drupal bukan satu CMS arus perdana di Malaysia, tetapi kami suka dan ingin menyebarkan kebaikan Drupal kepada komuniti Malaysia.
Zenpipe.com menggunakan Drupal 7 sudah lama (2012) dan menggunakan medium berbahasa Inggeris semenjak dari azali. Niat di hati, kami mahu nampak antarabangsa :) . Laman Web hosting berbahasa Inggeris adalah terlalu klise bak kata artis-artis, kami mahu nampak berbeza dan web hosting berbahasa Melayu mungkin adalah salah satu
Purple Cow bagi kami.
Kami ada beberapa pilihan iaitu menggunakan
Drupal multi language dengan menggunakan domain yang sama iaitu Zenpipe.com atau kami mengasingkan kepada dua website iaitu
www.zenpipe.com untuk bahasa Inggeris dan
www.zenpipe.my untuk bahasa Melayu. Kebaikan pilihan kedua adalah dari segi SEO kerana .my lebih berat untuk versi lokal Google.com.my , dan kami ingin mendapatkan markah lebih tersebut pada masa akan datang.
Dengan pilihan kedua, kami seumpama memerlukan dua halaman web dan ini akan menambahkan kerja untuk menguruskan dua website sekali. Mujur Drupal mempunyai sokongan terbina dalam untuk
multi site dengan berkongsi satu database yang sama. Jadi sudah kurang kerja untuk kami, tetapi kami perlukan dua halaman web yang mempunyai bahasa yang berbeza walau pun database yang sama. Maka langkah pertama setelah menyediakan halaman web Zenpipe dengan
multi language adalah dengan menggunakan modul yang menyokong menukar bahasa default mengikut domain yang dipilih dan Drupal ada satu modul iaitu
Language Multidomain .
Kami juga ada domain zenpipe.com.my tetapi kami hanya menggunakan redirect 301 .htaccess
RewriteCond %{HTTP_HOST} ^www\.zenpipe\.com\.my$ [NC] |
RewriteRule ^(.*)$ http://www.zenpipe.my/$1 [L,R=301] |
Maka semua .com.my akan di redirect kepada .my jadi hanya ada 2 halaman web untuk diurus dan lebih mudah kepada pengguna dari segi ingatan .com untuk Inggeris dan .my untuk Melayu.
Akhir sekali kami letak satu drop down di atas untuk menunjukkan perubahan bahasa di atas halaman web.