Majlis Berbuka Puasa AIST 2011


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AIST mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Philea Resort and Spa, Ayer Keroh, Melaka.

Semua warga AIST yang berpengkalan di Melaka berserta ahli keluarga masing-masing telah menghadirkan diri. 'Yelah berbuke kat hotel, sape taknak, ye dop? '. Tidak banyak gambar makanan yang dapat dikongsi kali ini di sebabkan 'cameraman' sibuk mengisi perut dengan makanan yang super-super belaka di sini.






























Dengan ini, AIST mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54! Akhir kata, langganlahZenclouds untuk VPS anda!

Pertandingan Bowling Santai AIST Melaka

20 Mei 2011 tepat jam 3 petang (takdela tepat sangat), family AIST Melaka telah mengadakan 'Pertandingan Bowling Santai' sesama sendiri di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Terdapat 3 kumpulan dengan bilangan ahli yang kurang adil iaitu 2 kumpulan dengan 5 orang ahli dan 1 kumpulan lagi cuma hanya 4 orang ahli. Permainan berlangsung selama tiga jam dengan 2 'game' termasuklah sesi penyampaian hadiah. Tujuan 'Pertandingan Bowling Santai' ini diadakan adalah untuk meraikan hari terakhir 3 orang pelajar praktikal di AIST Melaka iaitu Goldwin, Erry, dan Loh Sze Jian. Akhir kata, saksikan gambar-gambar sepanjang permainan berlangsung.




All the best to the three of you!












Pemenang tempat pertama - muka eksyen je semua. Ish.


Pemenang tempat kedua. - muka tak berapa eksyen.


Pengalah tempat ketiga - muka lebih 'happy' daripada tempat kedua.


Keluarga AIST Melaka.



Majlis makan-makan sempena meraikan dua staff baru dan hari terakhir Izuddin di AIST.

31march2011, lebih kurang dalam pukul 6ptg, selepas waktu pejabat, AIST melaka telah mengadakan majlis makan-makan atau lebih tepat lagi acara memenyet beramai-ramai di Restoran Ayam Penyet Lamongan yang agak terkenal di kalangan penggemar ayam penyet di sekitar Ayer Keroh ni.



Acara ini diadakan bersempena untuk meraikan pekerja baru di AIST iaitu Hanif dan juga Saiful.




Selain itu, majlis juga diadakan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Izuddin sempena hari terakhir beliau di AIST.




Akibat terlalu lapar, majlis yang sepatutnya bermula pada jam 6 petang telah dipinda pada saat-saat akhir iaitu 30minit lebih awal untuk mengelakkan pengaturcara majlis pengsan akibat tak makan.hehehe. Akhir kata, seperti biasa, biar gambar yang menceritakan suasana sepanjang majlis berlangsung dan di ucapkan Selamat datang kepada Hanif dan Saiful serta Selamat Tinggal dan Semoga Berjaya kepada Izuddin. Sekian, Have a nice day everyone.











Bootcamp session of Feasibility Study, System Analysis & Requirement for CIDB Project

Pada 26 - 28 January 2011, AIST telah mengadakan 'Bootcamp session of Feasibility Study, System Analysis & Requirement for CIDB Project'. Aktiviti kali ini melibatkan 9 orang pekerja AIST dan juga seorang pelajar praktikal.

Tujuan Bootcamp diadakan adalah untuk menyiapkan 'documentation' berkaitan dengan projek CIDB. Seperti yang telah sedia maklum, AIST telah mendapat tender dari CIDB untuk mengkaji, merekabentuk, membangun, mengintegrasi, menguji, dan mentauliah perisian. dan sistem aplikasi serta menyelenggara (dalam tempoh waranti) bagi melaksanakan projek reengineering sistem pendaftaran kontraktor, sistem levi, dan sistem personel binaan.

Program Bootcamp for CIDB ini diadakan di Holiday Inn Melaka selama 3hari 2malam.