Proses bina Zenpipe berbahasa Melayu



Kami mungkin boleh dikatakan pengguna Drupal tegar, walaupun pernah bangunkan modul untuk Drupal, tapi kebanyakannya adalah sebagai pengguna tegar. Website kami kebanyakannya adalah dari Drupal. Bak kata orang, peralatan yang betul untuk kerja yang betul.

Drupal boleh dikatakan sesuai untuk membina halaman web yang memfokuskan kepada kandungan dan banyak modul yang dikongsi oleh pembangun . Tidak sepopular seperti Joomla atau Wordpress, Drupal bukan satu CMS arus perdana di Malaysia, tetapi kami suka dan ingin menyebarkan kebaikan Drupal kepada komuniti Malaysia.

Zenpipe.com menggunakan Drupal 7 sudah lama (2012) dan menggunakan medium berbahasa Inggeris semenjak dari azali. Niat di hati, kami mahu nampak antarabangsa :) .  Laman Web hosting berbahasa Inggeris adalah terlalu klise bak kata artis-artis, kami mahu nampak berbeza dan web hosting berbahasa Melayu mungkin adalah salah satu Purple Cow bagi kami.

Kami ada beberapa pilihan iaitu menggunakan Drupal multi language dengan menggunakan domain yang sama iaitu Zenpipe.com atau kami mengasingkan kepada dua website iaitu www.zenpipe.com untuk bahasa Inggeris dan www.zenpipe.my untuk bahasa Melayu. Kebaikan pilihan kedua adalah dari segi SEO kerana .my lebih berat untuk versi lokal Google.com.my , dan kami ingin mendapatkan markah lebih tersebut pada masa akan datang.

Dengan pilihan kedua, kami seumpama memerlukan dua halaman web dan ini akan menambahkan kerja untuk menguruskan dua website sekali. Mujur Drupal mempunyai sokongan terbina dalam untuk multi site dengan berkongsi satu database yang sama. Jadi sudah kurang kerja untuk kami, tetapi kami perlukan dua halaman web yang mempunyai bahasa yang berbeza walau pun database yang sama. Maka langkah pertama setelah menyediakan halaman web Zenpipe dengan multi language adalah dengan menggunakan modul yang menyokong menukar bahasa default mengikut domain yang dipilih dan Drupal ada satu modul iaitu Language Multidomain .

Kami juga ada domain zenpipe.com.my tetapi kami hanya menggunakan redirect 301 .htaccess

RewriteCond %{HTTP_HOST} ^www\.zenpipe\.com\.my$ [NC]
RewriteRule ^(.*)$ http://www.zenpipe.my/$1 [L,R=301]

Maka semua .com.my akan di redirect kepada .my jadi hanya ada 2 halaman web untuk diurus dan lebih mudah kepada pengguna dari segi ingatan .com untuk Inggeris dan .my untuk Melayu.

Akhir sekali kami letak satu drop down di atas untuk menunjukkan perubahan bahasa di atas halaman web.



Dan juga pengunjung boleh bertukar dari kandungan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu terus dari halaman masing-masing. Sebagai contoh dari halaman shared hosting ada terus satu ikon di bawah kandungan untuk terus ke laman bahasa Inggeris.



Ada beberapa lagi perkara seperti Google Analytics dimana kami perlukan untuk statistik yang boleh digabungkan (untuk tahu jumlah pengunjung keseluruhan) dan untuk diasingkan (untuk fokus kepada niche bahasa) .

Sebelum ini memang menggunakan modul Drupal Google Analytics maka untuk menambahkan data multi domain adalah semudah ABC


Akan menghasilkan kod javascript yang khas untuk dua domain


Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh terus ke halaman bantuan Google Analytics .  Seterusnya untuk Google Analytics ada banyak ilmu yang perlu dipelajari lagi untuk mengetahui trafik berasingan. Iaitu Google Analytics Filter & View

1. Buat satu view global untuk trafik tanpa di filter

2. Buat 2 lagi view untuk www.zenpipe.com & www.zenpipe.my

3. Tambah filter di setiap view yang khas untuk ambil domain yang berkenaan sahaja, tetapi masalahnya adalah referer URL hanya menunjukkan path sebagai contoh

http://www.zenpipe.com/webhosting/shared_hosting -> /webhosting/shared_hosting

untuk menampakkan domain di referer URL, satu filter pertama perlu dijalankan dahulu.

Selepas itu filter yang kedua anda boleh letak hanya domain yang dikehendaki dalam statistik tersebut.


Cuma filter hanya berlaku untuk data yang baharu dan bukan data lama. Dengan view yang baru anda perlu menunggu lebih data untuk mendapat hasil. Ada satu feature di filter di mana kita boleh lihat kesan filter yang digunakan sebelum menggunakan di statistik anda. Apa-apa pun, anda boleh buat ujikaji dicuba kepada view sebelum berpuas hati dan menjadikan ia statistik utama anda.

Banyak lagi perkara yang kami ingin buat seperti redirect user kepada domain dan bahasa berdasarkan IP mereka tetapi masih belum pasti bagaiman cara terbaik untuk dilaksanakan. Yang tidak berubah adalah perubahan berterusan kami untuk memastikan yang terbaik buat pelanggan kami.


1 comment:

  1. They even have an advanced search bar, which makes it easier for customers to seek for the video games they want. For instance, we may ask that a buyer sets different limits for their enjoying in} or that they take a break if we consider they are exhibiting elevated danger 1xbet korea behavior. We also refrain from displaying and communicating sales messages that might make their gaming expertise extra dangerous. In 2017, we launched a predictive software referred to as Green Gaming, which is our reply to accountable and protected gaming. This software can analyze a customer’s enjoying in} efficiency in an try and curb any unhealthy habits or enjoying in} types. Using this software, our clients can receive insights and analyses about their gaming behavior, distinctive to them and nobody else.

    ReplyDelete