10 tahun Zenpipe








Sedar tak sedar, sudah 10 tahun Zenpipe beroperasi, kalau manusia digunaka sebagai ukuran, sudah masuk darjah 4 si Zenpipe :) . Kami membesar, kami berubah dan kami harap perubahan kami kepada yang lebih baik.

Bak kata Encik Mark Twain

Continuous improvement is better than delayed perfection

Dalam tahun ini, kami telah menambah beberapa baik beberapa produk

1. Penambah baik produk dedicated server https://www.zenpipe.my/webhosting/dedicated_server_hosting

2. Produk SSL
https://www.zenpipe.my/services/ssl

Kami juga banyak menambah baik halaman web kami

1. Lebih mesra pengguna mobile.




Proses bina Zenpipe berbahasa Melayu



Kami mungkin boleh dikatakan pengguna Drupal tegar, walaupun pernah bangunkan modul untuk Drupal, tapi kebanyakannya adalah sebagai pengguna tegar. Website kami kebanyakannya adalah dari Drupal. Bak kata orang, peralatan yang betul untuk kerja yang betul.

Drupal boleh dikatakan sesuai untuk membina halaman web yang memfokuskan kepada kandungan dan banyak modul yang dikongsi oleh pembangun . Tidak sepopular seperti Joomla atau Wordpress, Drupal bukan satu CMS arus perdana di Malaysia, tetapi kami suka dan ingin menyebarkan kebaikan Drupal kepada komuniti Malaysia.

Zenpipe.com menggunakan Drupal 7 sudah lama (2012) dan menggunakan medium berbahasa Inggeris semenjak dari azali. Niat di hati, kami mahu nampak antarabangsa :) .  Laman Web hosting berbahasa Inggeris adalah terlalu klise bak kata artis-artis, kami mahu nampak berbeza dan web hosting berbahasa Melayu mungkin adalah salah satu Purple Cow bagi kami.

Kami ada beberapa pilihan iaitu menggunakan Drupal multi language dengan menggunakan domain yang sama iaitu Zenpipe.com atau kami mengasingkan kepada dua website iaitu www.zenpipe.com untuk bahasa Inggeris dan www.zenpipe.my untuk bahasa Melayu. Kebaikan pilihan kedua adalah dari segi SEO kerana .my lebih berat untuk versi lokal Google.com.my , dan kami ingin mendapatkan markah lebih tersebut pada masa akan datang.

Dengan pilihan kedua, kami seumpama memerlukan dua halaman web dan ini akan menambahkan kerja untuk menguruskan dua website sekali. Mujur Drupal mempunyai sokongan terbina dalam untuk multi site dengan berkongsi satu database yang sama. Jadi sudah kurang kerja untuk kami, tetapi kami perlukan dua halaman web yang mempunyai bahasa yang berbeza walau pun database yang sama. Maka langkah pertama setelah menyediakan halaman web Zenpipe dengan multi language adalah dengan menggunakan modul yang menyokong menukar bahasa default mengikut domain yang dipilih dan Drupal ada satu modul iaitu Language Multidomain .

Kami juga ada domain zenpipe.com.my tetapi kami hanya menggunakan redirect 301 .htaccess

RewriteCond %{HTTP_HOST} ^www\.zenpipe\.com\.my$ [NC]
RewriteRule ^(.*)$ http://www.zenpipe.my/$1 [L,R=301]

Maka semua .com.my akan di redirect kepada .my jadi hanya ada 2 halaman web untuk diurus dan lebih mudah kepada pengguna dari segi ingatan .com untuk Inggeris dan .my untuk Melayu.

Akhir sekali kami letak satu drop down di atas untuk menunjukkan perubahan bahasa di atas halaman web.

Faktor baru untuk carian dalam mobil - Mesra mobil



Jika anda perasan, carian baru di Google mobil akan menandakan sesatu halaman web adalah mesra mobil atau tidak.





Ini adalah kerana persediaan pada 21 April 2015 bahawa Google akan menambah faktor mesra mobil sebagai salah satu signal hasil carian di peranti mobil.


Bagaimana anda ingin memeriksa bahawa halaman web anda adalah mesra mobil ? Google ada memberi satu halaman web untuk memeriksa adakah halaman web anda mesra mobil atau tidak, dan jika tidak nasihat akan diberikan. Anda boleh pergi ke halaman https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/ untuk memeriksanya.


Screen Shot 2015-03-05 at 5.31.09 PM.png


Ini adalah contoh apabila halaman web anda adalah mesra mobil menggunakan halaman web kami sebagai contoh www.aist.com.my .


Screen Shot 2015-03-06 at 12.33.01 AM.png

Menggunakan http://www.zenpipe.com sebagai contoh.

Dan contoh jika halaman web anda tidak mesra mobil, ia akan memberikan analisa apa yang boleh dibuat untuk perbaiki halaman web anda.


Kebanyakan desain yang menggunakan Bootstrap Framework sudah menyediakan fasiliti responsif (di mana halaman menyesuaikan antaramuka secara automatik jika skrin bertukar saiz menjadi mesra mobil ) . Juga saya rasa kebanyakan Wordpress sudah menyokong halaman web responsif.


Halaman mesra-mobil adalah dikira mengikut halaman dan bukan domain dan Google akan kemaskini secara ‘real-time’ jika anda sudah mengubah halaman web yang mesra mobil. Untuk pengusaha yang mementingkan kedudukan SEO anda sekarang adalah masa yang sesuai untuk kemaskini halaman web. Jika tidak, boleh hubungi kami untuk khidmat nasihat ;)



Pengembaraan mencari sistem pengurusan projek

Saya menghabiskan hampir satu hari (fikirnya berminggu-minggu) untuk mencari sistem pengurusan projek.  AIST sebelum ini menggunakan ActiveCollab untuk pengurusan projek kami, tetapi ada pelbagai kekurangan yang membuatkan saya rasa susah untuk ia masuk dalam workflow kami.

Di bawah adalah senarai yang saya rasa kekurangan di ActiveCollab

  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration
  2. Aplikasi mobil yang baik
  3. Integrasi dengan Hipchat

Jadi pada asalnya pengembaraan ini mencari sistem pengurusan projek yang ada senarai di atas dan beberapa lagi ciri-ciri yang saya perlukan.

  1. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian
  2. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan
  3. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat .

Nilai tambahan
  • Menyokong login dengan akaun Google

Di bawah adalah senarai aplikasi yang saya telah cuba

  1. Blossom.io - www.blossom.io
  2. Todoist - www.todoist.com
  3. Stepsie - www.stepsie.com
  4. DaPulse - www.dapulse.com
  5. Asana - www.asana.com
  6. Glip - www.glip.com


Minimum Viable Product (MVP) - Produk Berguna Minimum (PBM)

Saya sebagai seorang pengaturcara, akan ada beberapa situasi seharian yang menyebabkan saya terjebak dengan sindrom NIH (Not Ivented Here), membuat satu prototaip dan akhirnya menjadi satu produk. Biasanya babak tersebut bermula seperti ini


  1. Mencari perisian untuk tugas-tugas tertentu, terjumpa satu perisian dan mencubanya, banyak kekurangan dan terfikir kita boleh buat yang lebih baik.
  2. Membuat satu kerja berulang-ulang, dah terfikir cara untuk mengautomasikan kerja tersebut, membuat skrip kasar untuk memudahkan kerja.
  3. Termenung semasa mandi dan terfikir kalaulah ada perisian seperti ini, tentu senang hidupku.


Zenclouds.com , BnB.my dan Beemember.com adalah antara hasil dari situasi di atas dan saya mengakui di sebalik 3 produk di atas, ada berpuluh-puluh prototaip yang menjadi contengan di Google Docs, folder kosong di laptop, design yang di beli di Themeforest atau kod yang separuh masak.

Hi apa khabar 2015 ?

2014 menutup tirai semalam, 2015 menjengah,
Hi apa khabar, rasa baru semalam 2014 cecah,
Tutup dengan kiri, buka dengan kanan langkah,
Doa dicari, strategi disusun kerana Allah.

Kebanyakan orang masih bercuti,
Kebanyakan orang masih mencuci,
Kebanyakan orang masih bersedih hati,
2014 masih simpan duka wahai diri.

Kami buka buku baru, muka baru,
Supaya semua orang tahu, umum pada tahun baru,
Masih ada sedikit yang dahulu,
Mungkin sempadan dari yang Satu.

amran
1 Januari 2015

2014 adalah tahun yang mencabar buat semua orang dan juga pada kami di AIST.  Tutup buku, jalan terus, bak kata tok guru. Ada juga orang sering berkata, tukang jahit jarang memakai baju yang cantik, mekanik akan pakai kereta yang paling buruk dan halaman web adalah perkara yang terakhir untuk web developer bangunkan.



Setelah hampir 7 tahun dengan muka lama, kami dengan langkah kanan ingin membuka secara rasmi halaman web AIST yang menunjukkan arah tuju kami yang baru.