Saya menghabiskan hampir satu hari (fikirnya berminggu-minggu) untuk mencari sistem pengurusan projek. AIST sebelum ini menggunakan ActiveCollab untuk pengurusan projek kami, tetapi ada pelbagai kekurangan yang membuatkan saya rasa susah untuk ia masuk dalam workflow kami.
Di bawah adalah senarai yang saya rasa kekurangan di ActiveCollab
- Sokongan Google Docs / Drive Integration
- Aplikasi mobil yang baik
- Integrasi dengan Hipchat
Jadi pada asalnya pengembaraan ini mencari sistem pengurusan projek yang ada senarai di atas dan beberapa lagi ciri-ciri yang saya perlukan.
- Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian
- Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan
- Harga di bawah RM 200 sebulan untuk satu syarikat .
Nilai tambahan
- Menyokong login dengan akaun Google
Di bawah adalah senarai aplikasi yang saya telah cuba
- Blossom.io - www.blossom.io
- Todoist - www.todoist.com
- Stepsie - www.stepsie.com
- DaPulse - www.dapulse.com
- Asana - www.asana.com
- Glip - www.glip.com