AIST Family Day 2012

Tanggal 14 Julai 2012 sehinggalah 16 Julai 2012, telah dipilih untuk menjadi tarikh keramat untuk Hari Keluarga AIST pada tahun ini. Setelah kata sepakat dicapai, 'AIST Family Day' telah berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan di Hard Rock Hotel, Penang.


superrrr powerrrr!






like a boss


Semua warga AIST bersama keluarga masing-masing seramai 30 orang menaiki bas yang disewa khas untuk Hari Keluarga kali ini. Bertolak seawal jam 7.30 pagi dari ibu pejabat kami di Melaka, singgah di cawangan Cyberjaya untuk mengambil kakitangan yang berpengkalan di sana, kami selamat tiba di Hard Rock Hotel Penang pada jam 5.30 petang 14 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu. Pelbagai insiden menyayat hati yang berlaku sepanjang perjalanan, termasuklah sebelum tiba ke destinasi, pemandu bas yang tersalah menerima maklumat pada mulanya telah menghantar kami ke ‘Red Rock Hotel’. LOL . Sebaik tiba di Hard Rock Hotel Penang, barulah semuanya berasa lega dan di sinilah ‘mode’ Hari Keluarga telah diaktifkan.




Akhirnya tiba!







Setelah diberi kunci billik masing-masing, kami diberi masa beraktiviti santai bersama keluarga masing-masing sebelum dijadualkan untuk turun makan malam pada jam 8.00 malam di ‘Starz Diner’ bertempat di Hard Rock Hotel sendiri. Makan malam kami pada malam itu bertemakan American Buffet.








Pada hari kedua kami di Pulau Pinang, lebih kurang jam 9.30 pagi, kami menaiki bas menuju ke Jeti Pulau Jerejak untuk aktiviti ‘Team Building’ yang bertempat di Jerejak Rainforest Resort.




Setibanya di Jeti, kami menaiki bot menuju ke Pulau Jerejak yang mengambil masa kira-kira 15 minit. Aktiviti pertama di sana adalah acara sukaneka untuk kanak-kanak. Walaupun acara kanak-kanak tetapi ibubapa juga tidak melepaskan peluang memberi semangat malah ada yang lebih bersemangat daripada anak masing-masing.
















Aktiviti kedua yang dijadualkan adalah acara memanah, sementara menunggu acara bermula, team AIST mengambil kesempatan untuk bermain futsal pantai kerana bermain di atas pasir pantai . Sesudah itu barulah diteruskan dengan aktiviti memanah (archery).












Aktiviti seterusnya adalah ‘flying fox’ yang menyaksikan beberapa mangsa menjerit ketika aktiviti kerana ‘feel’ terbang . Selesai flying fox, kami berhenti untuk makan tengahari secara buffet yang telah di sediakan oleh pihak Jerejak Rainforest Resort.


Suspension Bridge










Selepas berhenti rehat dan makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan acara ‘Wall Climbing’. Melalui aktiviti ini, daya ketahanan masing-masing dapat dipertontonkan kepada umum.










Aktiviti terakhir adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu. Acara ‘paintball’ yang menggunakan kira-kira 100 pallets seorang.








Berakhirlah sudah aktiviti 'team building' untuk hari kedua di Pulau Pinang. Setibanya di jeti, kami bersiap sedia untuk terus menuju ke destinasi makan malam iaitu di Bahtera Santai Seafood yang bertempat di Bayan Baru, iaitu kira-kira 500meter dengan Jeti Pulau Jerejak. Makanan telah pun siap dihidangkan ketika kami tiba, bersyukurlah semuanya kerana masing-masing memang tengah lapar ketika itu.






Disebabkan semua sedang lapar tak ingat dunia, maka tiadalah gambar makan pada malam itu untuk dipertontonkan. Selesai makan, kami berangkat pulang ke hotel untuk beradu.




Hari ketiga adalah hari terakhir 'team AIST' berhari keluarga di Pulau Pinang. Sebelum berangkat pulang, kami sempat singgah dahulu ke Bukit Bendera. Nak juga merasa 'cable car' yang khabarnya masih baru.








ada ciri-ciri seorang ibu kan?




pengantin baru




Turun dari Bukit Bendera, kami menjamu selera makan tengahari di Hameediyah Beriyani House dan kemudian singgah sebentar ke Chowrasta market untuk membeli jeruk buah untuk dibawa pulang. Kira-kira jam 4.00 petang kami bertolak pulang ke Melaka. Berakhirlah sudah Hari Keluarga AIST 2012. Akhir kata masih belum terlambat kiranya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Beringatlah ketika makan


1 comment:

  1. A quantity is rolled fairly between the minimum and most value for the jackpot. Once it rises to the quantity rolled , the subsequent spin is rigged to pay off the jackpot. Slot gamers are stated to both win or lose; they by no means "possibly win" or "possibly lose," or by no means "almost win." A playing or merchandising machine operated by putting cash right 먹튀프렌즈 into a slot.

    ReplyDelete