Pada Julai 2010, AIST telah mengadakan Hari bersama keluarga AIST atau lebih dikenali sebagai 'AIST Family Day'
Family Day kali ini telah di jayakan di Kuantan, Pahang. Warga AIST menginap selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden, Kuantan. Cantik hotel tu, pantai pun sangatlah luas. Sesuai sangatlah untuk buat acara sukaneka, contohnya macam tarik tali, bola pantai, dan macam-macam lagi.
kanak-kanak ribena melompat keriangan.
Acara Family Day di teruskan lagi dengan aktiviti karaoke. Terdapat beberapa staff telah di kenal pasti dapat merakam lagu untuk jadi 'Independent Artist', upload kat YouTube dan mungkin boleh menang Juara Lagu! *berangan je lah
Pemenang Juara Lagu ke 35
Selain daripada itu, acara di teruskan lagi dengan aktiviti paintball yang telah menyebabkan beberapa orang lebam-lebam di seluruh anggota badan. Tapi semua itu tak penting, yang pasti semua orang happy.
Tak cukup dengan badan yang lebam, kami dinner pulak di Phuket Delight Food Centre. Makan sampai lebam pulak kat sana.
Sebelum.....
Selepas.....
Jadi lengkaplah sudah percutian 3 hari 2 malam keluarga AIST di Kuantan, Pahang pada tahun 2010. Penuh dengan memori lebam