Pengembaraan mencari sistem pengurusan projek

Saya menghabiskan hampir satu hari (fikirnya berminggu-minggu) untuk mencari sistem pengurusan projek.  AIST sebelum ini menggunakan ActiveCollab untuk pengurusan projek kami, tetapi ada pelbagai kekurangan yang membuatkan saya rasa susah untuk ia masuk dalam workflow kami.

Di bawah adalah senarai yang saya rasa kekurangan di ActiveCollab

  1. Sokongan Google Docs / Drive Integration
  2. Aplikasi mobil yang baik
  3. Integrasi dengan Hipchat

Jadi pada asalnya pengembaraan ini mencari sistem pengurusan projek yang ada senarai di atas dan beberapa lagi ciri-ciri yang saya perlukan.

  1. Ada tasklist, fail dalam satu tempat untuk memudahkan pencarian
  2. Menyokong pengasingan berdasarkan projek dan kumpulan
  3. Harga di bawah RM 200  sebulan untuk satu syarikat .

Nilai tambahan
  • Menyokong login dengan akaun Google

Di bawah adalah senarai aplikasi yang saya telah cuba

  1. Blossom.io - www.blossom.io
  2. Todoist - www.todoist.com
  3. Stepsie - www.stepsie.com
  4. DaPulse - www.dapulse.com
  5. Asana - www.asana.com
  6. Glip - www.glip.com


Minimum Viable Product (MVP) - Produk Berguna Minimum (PBM)

Saya sebagai seorang pengaturcara, akan ada beberapa situasi seharian yang menyebabkan saya terjebak dengan sindrom NIH (Not Ivented Here), membuat satu prototaip dan akhirnya menjadi satu produk. Biasanya babak tersebut bermula seperti ini


  1. Mencari perisian untuk tugas-tugas tertentu, terjumpa satu perisian dan mencubanya, banyak kekurangan dan terfikir kita boleh buat yang lebih baik.
  2. Membuat satu kerja berulang-ulang, dah terfikir cara untuk mengautomasikan kerja tersebut, membuat skrip kasar untuk memudahkan kerja.
  3. Termenung semasa mandi dan terfikir kalaulah ada perisian seperti ini, tentu senang hidupku.


Zenclouds.com , BnB.my dan Beemember.com adalah antara hasil dari situasi di atas dan saya mengakui di sebalik 3 produk di atas, ada berpuluh-puluh prototaip yang menjadi contengan di Google Docs, folder kosong di laptop, design yang di beli di Themeforest atau kod yang separuh masak.

Hi apa khabar 2015 ?

2014 menutup tirai semalam, 2015 menjengah,
Hi apa khabar, rasa baru semalam 2014 cecah,
Tutup dengan kiri, buka dengan kanan langkah,
Doa dicari, strategi disusun kerana Allah.

Kebanyakan orang masih bercuti,
Kebanyakan orang masih mencuci,
Kebanyakan orang masih bersedih hati,
2014 masih simpan duka wahai diri.

Kami buka buku baru, muka baru,
Supaya semua orang tahu, umum pada tahun baru,
Masih ada sedikit yang dahulu,
Mungkin sempadan dari yang Satu.

amran
1 Januari 2015

2014 adalah tahun yang mencabar buat semua orang dan juga pada kami di AIST.  Tutup buku, jalan terus, bak kata tok guru. Ada juga orang sering berkata, tukang jahit jarang memakai baju yang cantik, mekanik akan pakai kereta yang paling buruk dan halaman web adalah perkara yang terakhir untuk web developer bangunkan.



Setelah hampir 7 tahun dengan muka lama, kami dengan langkah kanan ingin membuka secara rasmi halaman web AIST yang menunjukkan arah tuju kami yang baru.